PENGUMUMAN PMM
Pengumuman 1: Selepas mesyuarat bersama pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia dan mesyuarat exco, Persatuan Muaythai Malaysia akan menguatkuasakan akta pembangunan sukan 1997 mulai Mac 2012 dimana tidak dibenarkan mana mana syarikat untuk menganjurkan sebarang kejohanan atau aktiviti Muaythai/Tomoi di Malaysia tanpa kelulusan Pejabat Pesuruhjaya Sukan. Syarikat atau individu yang berminat bolehlah menganjurkan hanya dengan kerjasama bersama Persatuan Muaythai/Tomoi negeri sahaja. Mereka yang mempunyai masalah untuk menghubungi persatuan negeri bolehlah merujuk kepada Persatuan Muaythai Malaysia melalui email pmtmhq@gmail.com. Hanya kelab atau persatuan berdaftar dengan PPS sahaja dibenarkan untuk menganjurkan sebarang aktiviti sukan. Sebarang aktiviti yang dijalankan tanpa kelulusan persatuan akan diberhentikan oleh pihak berkuasa. Harap maklum.
NOTE : ADALAH DILARANG SAMA SEKALI MENJALANKAN KEJOHANAN MAHUPUN SEBARANG AKTIVITI MUAYTHAI TANPA KEBENARAN DARIPADA PESURUHJAYA SUKAN,PERSATUAN MUAYTHAI MALAYSIA ATAUPUN PERSATUAN MUAYTHAI NEGERI.HARAP MAKLUM!
Pengumuman 2 : PPS dan mesyuarat exco telah bersetuju supaya promoter muaythai di Malaysia mendapat lesen dan berdaftar dibawah PMM mulai Mac 2012. Kami mohon sekiranya promoter ingin mendapatkan seseorang peninju untuk menyertai aktiviti atau kejohanan mereka diminta supaya rujuk kepada pengurus mereka dan sekiranya tiada boleh rujuk terus kepada pemilik gym dimana mereka berlatih dan tidak terus membuat rundingan dengan peninju bagi mengelakkan salah faham dan sebagainya. Sekiranya tiada maklumat bolehlah hubungi setiausaha persatuan muaythai/tomoi negeri masing masing.
Pengumuman 3 : Persatuan Muaythai Malaysia tidak lagi akan mempromosikan kejohanan atau aktiviti Muaythai/Tomoi yang tidak mendapat sokongan PMM di wall facebook dan sebagainya mulai Mac 2012. Semua kejohanan atau aktiviti yang diiktiraf akan mendapat mata untuk melayakkan peninju untuk ranking serta ahli teknikal seperti juri dan pengadil untuk mendapat mata bagi salah satu merit untuk naik tahap... khan. Mulai 2012 PMM akan memperkenalkan Anugerah Muaythai Malaysia dimana persatuan/peninju/kelab/jurulatih/pengadil/promoter terbaik akan menerima anugerah dan sedikit imbuhan bagi acara dan makan malam tahunan ini. Borang "event sanction" ataupun sokongan akan diletakkan di web Persatuan Muaythai Malaysia tidak lama lagi untuk dimuat turun. Maklumat lanjut mengenai sistem mata ini akan diletakkan di web PMM tidak lama lagi.
Pengumuman 4 : Persatuan Muaythai Malaysia tidak membenarkan mana mana individu mengelarkan diri mereka Kru / Kru Yai / Ajarn / Hon Pa Ra Ma Jar / Pa Ra Ma Jarn tanpa kebenaran atau kelulusan dari badan induk untuk mengelakkan sebarang kekeliruan. Senarai nama jurulatih yang diiktiraf / pengadil dan juri / Promoter serta doktor muaythai yang diiktiraf akan diletakkan di laman sesawang PMM tidak lama lagi untuk rujukan semua.
NOTE : BAGI YANG INGIN MEMPELAJARI SUKAN SENI BELADIRI MUAYTHAI,HENDAKLAH RUJUK KEPADA JURULATIH YANG BERTAULIAH DAN DIIKTIRAF OLEH PERSATUAN MUAYTHAI MALAYSIA,PERSATUAN MUAYTHAI NEGERI,WORLD MUAYTHAI COUNCIL (WMC) DAN INTERNATIONAL FEDERATION OF MUAYTHAI AMATUER (IFMA)
No comments:
Post a Comment