SEJARAH PERSATUAN MUAYTHAI NEGERI SABAH
Persatuan Muaythai Negeri Sabah bermula pada tahun 2006 oleh 4 orang pemuda yang datang dari aliran seni bela diri yang berbeza telah memulakan latihan rejim mereka di halaman sebuah surau di dalam kem bn 16 pga.pada masa itu Insp Maraun Makinda (karate sotokon polis black belt 1 degree,bodokon 1 degree,tinju pdrm peringkat antarabangsa selama 8 tahun) adalah sebagai jurulatih.ahli kedua pula ialah Muslee Bin Tuah (silat kalimah,silat launda,silat betawi,dan guru silat dendam 7,spring tua,dan gtf taekwando 3 dan black belt selama 12 tahun) sebagai perancang dan pengurus pasukan dan ahli ke tiga jori nonong (karate,gtf taekwando,boxing) dan ahli ke empat ialah thinagaran (tinju sukma kedah).melalui perancangan yang agak lama maka pada awal tahun pengambilan ahli di mulakan dengan cara mengumpul dan menyatukan bekas -bekas peninju polis dan beberapa anggota pga yang berbagai aliran seni bela diri .Mereka adalah seperti Richad kanis(peninju,tomoi),Andrew Kanis(peninju,tomoi),Nikwan (peninju,silat tom),Thinagaran (peninju sukma kedah) dan jaba ak jawa (3 dan black belt gtf taekwando).maka dari sini lah mulanya pasukan ini dikenali sebagai Sabah Street Fighter.mereka ini lah yang telah mengasaskan SSF.pertama kalinya kelab ini menyertai kejohanan sukan tempur yang telah di anjurkan oleh Jabatan Belia Malaysia yang telah di ilhamkan oleh Dato Azlina Othman pada masa itu sebagai Menteri Belia dan Sukan.kejohanan itu di kenali sebagai ultimate warrior!ultimate warrior zon Sabah di adakan pada bulan july 2007.peserta-peserta dari pelusuk Sabah telah menyahut cabaran yang mana pada masa itu kejohanan Ultimate Warrior hanya menawarkan 2 kategori sahaja iaitu berat 45kg-57kg dan 57kg-75kg.pada masa itu,kedua dua katogeri telah di juarai oleh kelab Sabah Street Fighter yang dimenangi oleh Andrew Kanis katogeri 45kg-57kg dan katogeri 57kg-75kg di menangi oleh Richad Kanis dan seterusnya melayakkan kedua dua mereka ke finalist Ultimate warrior pada 31 ogos 2007 dan di kejohanan tersebut,Benard Radin adalah juara katogeri 57kg-75kg dan Ali Yakub sebagai juara katogeri 45kg-56kg.selepas itu,SSF telah mengembangkan sayapnya ke 5 batalion iaitu,bn 16,bn 15 Sandakan,bn 14 Tawau,bn 17 Lahad Datu dan Brigade Sabah sebagai Induk.dari sinilah bermulanya nama Sabah Street Fighter telah ditukar dan di gantikan dengan nama Bde Sabah Street Fighter januari 2008.Pada Mac 2008 Kelab marshal art Bde Sabah telah mengadakan latihan pusat dan pemilihan selama sebulan di kem bn 17 Lahad Datu yang mana seramai 40 anggota pga dari semua pangkat telah mengikuti latihan dan pemilihan seramai 18 anggota pga termasuk 1 peg dan 1 pengurus pasukan dari kesemua bn-bn di Brigade Sabah telah berjaya di pilih untuk mewakili BSSF dan kesemua 18 perserta ini telah berangkat ke ibu pejabat BDE SABAH PGA kota kinabalu untuk menjalani latihan lanjutan bagi persiapan bagi kejohanan Ultimate Warrior zon Borneo.disebabkan kepercayaan yang di berikan oleh pihak Jabatan Belia Negeri Sabah maka pihak JBS Sabah memberi kuota penyertaan untuk 20 orang bagi mewakili Sabah di mana pada masa itu BSSF kekurangan 2 orang lagi perserta.Maka BSSF terpaksa mencari 2 orang lagi bagi memenuhi kuota dan salah seorang anggota iaitu Jori Nonong telah mencadangkan 2 orang awam iaitu En Roger dan En Kyo Kaedee bagi menyertai kejohanan ultimate warrior yang diadakan di Wilayah Persekutuan Labuan.penyertaan itu adalah daripada tiga buah negeri iaitu Sabah,Sarawak dan Labuan.dari sinilah mulanya perbincangan daripada ketiga tiga pengurus negeri iaitu En Muslee (sabah),En Aswadi (Labuan) dan En Razak (sarawak) bagi mewujudkan BSF yang di kenali sebagai Borneo Street Fighter.selepas kejohanan tersebut menteri Dato Azlina Othman telah ditukarkan kementeriannya maka kejohanan UW telah di batalkan di Malaysia.pada tahun 2009 Persatuan Muaythai Malaysia telah wujud di Malaysia yang mana president nya ialah Dato Kapten (B) Mohd Shzanaz dan timbalan president teknikalnya Kru Benard Radin.Pada 18hb JUN 2010 Kru Benard Radin selaku timbalan president PMM telah merendah diri dan mencari semua Bekas Perserta Ultimate Warrior dan telah berjaya berhubung dengan bekas pengurus pasukan finalist UW 2007 iaitu En Muslee dan mereka telah berbincang di Ibu Pejabat Bde Sabah dan hasil perbincangan itu maka Kru Benard telah berjaya mengadakan kursus khan peringkat 1.pada masa itu penyertaan tidaklah ramai hanya 7 orang sahaja yang mengikuti kursus tersebut dan berjaya.bermula dari titik itu muaythai telah berkembang.nak muay telah banyak dilahirkan dari semua lapisan masyarakat,bangsa,umur dan agama telah bersatu di bawah bumbung muaythai.selama tempoh masa 6 bulan 3 kelab muaythai telah diwujudkan iaitu di balai raya Kg.Tg.Aru Lama sebagai induk,di kem Bde Sabah dan di Kg Meruntum 3.tarikh keramat iaitu pada 18hb Feb 2011 mesyuarat protem pertama telah diadakan di Balai Raya Kg.Tg.Aru Lama dan di pengerusikan oleh En Muslee Bin Tuah dan diperhatikan oleh kru Benard Radin dan Cik Samila Harun.Mesyuarat selama lebih kurang 2 jam 30 minit itu telah berjaya dan tarikh pada 18 hb Feb 2011 sejarah telah dicipta dan PERSATUAN MUAYTHAI NEGERI SABAH telah pun diwujudkan dengan rasminya dan priseden protem nya ialah En Muslee Bin Tuah.Hasil usaha En Roger Eugene dan Cik Samila Harun serta sokongan Kru Benard Radin serta dengan doa semua nak muay Sabah maka pada tanggal yang penuh bersejarah lagi bermakna iaitu pada tarikh 30hb Mac 2011 pendaftaran PERSATUAN MUAYTHAI NEGERI SABAH telah pun diluluskan pendaftarannya oleh pihak Pendaftaran suruhanjaya Sukan Malaysia dan sijil pun telah dikeluarkan.
Subscribe to:
Comments (Atom)