Kejohanan Muaythai Fit Warrior kembali lagi.Khas untuk warga Sabah,Muaythai Fit Warrior akan diadakan di Kota Kinabalu Sabah pada 16hb hingga 18hb March 2012.
Acara - Muaythai Fit Warrior
Tempat - Kompleks Asia City Zon 2
Tarikh - 16hb,17hb dan 18hb Mac 2012
Penyertaan - terbuka kepada kesemua individu yang datang daripada seni beladiri yang lain selain muaythai.(AMATUR)
Kategori - 48kg - 51kg,51kg - 54kg,54kg - 57kg,57kg - 60kg,60kg - 63.5kg,63.5kg - 67kg,67kg - 71kg.
Note : sesiapa yang ingin menyertai Muaythai Fit Warrior,boleh berhubung dengan pihak Persatuan Muaythai Negeri Sabah.keterangan lanjut sila hubungi 088 - 774811 / 0168242633
Persatuan MuayThai Negeri Sabah
Friday, 17 February 2012
Tuesday, 31 January 2012
PENGUMUMAN PMM
Pengumuman 1: Selepas mesyuarat bersama pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia dan mesyuarat exco, Persatuan Muaythai Malaysia akan menguatkuasakan akta pembangunan sukan 1997 mulai Mac 2012 dimana tidak dibenarkan mana mana syarikat untuk menganjurkan sebarang kejohanan atau aktiviti Muaythai/Tomoi di Malaysia tanpa kelulusan Pejabat Pesuruhjaya Sukan. Syarikat atau individu yang berminat bolehlah menganjurkan hanya dengan kerjasama bersama Persatuan Muaythai/Tomoi negeri sahaja. Mereka yang mempunyai masalah untuk menghubungi persatuan negeri bolehlah merujuk kepada Persatuan Muaythai Malaysia melalui email pmtmhq@gmail.com. Hanya kelab atau persatuan berdaftar dengan PPS sahaja dibenarkan untuk menganjurkan sebarang aktiviti sukan. Sebarang aktiviti yang dijalankan tanpa kelulusan persatuan akan diberhentikan oleh pihak berkuasa. Harap maklum.
NOTE : ADALAH DILARANG SAMA SEKALI MENJALANKAN KEJOHANAN MAHUPUN SEBARANG AKTIVITI MUAYTHAI TANPA KEBENARAN DARIPADA PESURUHJAYA SUKAN,PERSATUAN MUAYTHAI MALAYSIA ATAUPUN PERSATUAN MUAYTHAI NEGERI.HARAP MAKLUM!
Pengumuman 2 : PPS dan mesyuarat exco telah bersetuju supaya promoter muaythai di Malaysia mendapat lesen dan berdaftar dibawah PMM mulai Mac 2012. Kami mohon sekiranya promoter ingin mendapatkan seseorang peninju untuk menyertai aktiviti atau kejohanan mereka diminta supaya rujuk kepada pengurus mereka dan sekiranya tiada boleh rujuk terus kepada pemilik gym dimana mereka berlatih dan tidak terus membuat rundingan dengan peninju bagi mengelakkan salah faham dan sebagainya. Sekiranya tiada maklumat bolehlah hubungi setiausaha persatuan muaythai/tomoi negeri masing masing.
Pengumuman 3 : Persatuan Muaythai Malaysia tidak lagi akan mempromosikan kejohanan atau aktiviti Muaythai/Tomoi yang tidak mendapat sokongan PMM di wall facebook dan sebagainya mulai Mac 2012. Semua kejohanan atau aktiviti yang diiktiraf akan mendapat mata untuk melayakkan peninju untuk ranking serta ahli teknikal seperti juri dan pengadil untuk mendapat mata bagi salah satu merit untuk naik tahap... khan. Mulai 2012 PMM akan memperkenalkan Anugerah Muaythai Malaysia dimana persatuan/peninju/kelab/ jurulatih/pengadil/promoter terbaik akan menerima anugerah dan sedikit imbuhan bagi acara dan makan malam tahunan ini. Borang "event sanction" ataupun sokongan akan diletakkan di web Persatuan Muaythai Malaysia tidak lama lagi untuk dimuat turun. Maklumat lanjut mengenai sistem mata ini akan diletakkan di web PMM tidak lama lagi.
Pengumuman 4 : Persatuan Muaythai Malaysia tidak membenarkan mana mana individu mengelarkan diri mereka Kru / Kru Yai / Ajarn / Hon Pa Ra Ma Jar / Pa Ra Ma Jarn tanpa kebenaran atau kelulusan dari badan induk untuk mengelakkan sebarang kekeliruan. Senarai nama jurulatih yang diiktiraf / pengadil dan juri / Promoter serta doktor muaythai yang diiktiraf akan diletakkan di laman sesawang PMM tidak lama lagi untuk rujukan semua.
NOTE : BAGI YANG INGIN MEMPELAJARI SUKAN SENI BELADIRI MUAYTHAI,HENDAKLAH RUJUK KEPADA JURULATIH YANG BERTAULIAH DAN DIIKTIRAF OLEH PERSATUAN MUAYTHAI MALAYSIA,PERSATUAN MUAYTHAI NEGERI,WORLD MUAYTHAI COUNCIL (WMC) DAN INTERNATIONAL FEDERATION OF MUAYTHAI AMATUER (IFMA)
Monday, 23 January 2012
Kursus Kejurulatihan Fasa Pertama 2012
Assalamualaikum ..
Pada khamis yang lepas iaitu tanggal 19hb Januari 2012, 3 orang wakil termasuk Presiden daripada Persatuan Muaythai Negeri Sabah telah berangkat ke Kuala Lumpur bagi mengikuti KURSUS KEJURULATIHAN FASA PERTAMA 2012 yang telah dianjurkan oleh Persatuan Muaythai Malaysia ( PMM ) selama 3 hari berturut-turut.kesemua wakil daripada PMNS juga telah selamat menjalani kursus tersebut dengan lulus dan jayanya.

Saturday, 14 January 2012
Bengkel Seminar 'Self Defence,Health & Muaythai Martial Art'
Salam 1 Malaysia ..
Untuk makluman anda,Persatuan Muaythai Negeri Sabah akan mengadakan bengkel seminar pertama di daerah Kota Kinabalu,Sabah pada tarikh 04 Februari sehingga 05 Februari 2012.Bertempat di Balai Raya Kg Tg Aru Lama,Kota Kinabalu.Program akan bermula pada jam 8.00 pagi sehingga 11.00 pagi dan bersambung pada jam 2.00 petang sehingga 4.00 petang.
Orang ramai yang berminat dijemput hadir.
INFO :
Bengkel Seminar 'Self Defence,Health & Muaythai Martial Art' ini adalah bengkel seminar yang pertama dianjurkan oleh Persatuan Muaythai Negeri Sabah di kawasan kota kinabalu.
Tujuan bengkel seminar ini diadakan adalah untuk memperkenalkan dan memperluaskan sukan seni b...eladiri Muaythai di kawasan Sabah disebabkan sukan seni beladiri Muaythai masih terbatas di negeri Sabah.Disamping itu ,Persatuan Muaythai Negeri Sabah juga ingin mencari fighters baru untuk mengikuti anjuran yang akan dijalankan seperti kejohanan dan aktiviti pada setiap bulan.
Bagi generasi yang pertama,kami akan melahirkan 100 orang trainee dan tenaga pengajar di kawasan negeri sabah.
Yuran pendaftaran bengkel seminar adalah PERCUMA pada kali ini.Hanya yuran pendaftaran sebagai ahli persatuan akan dikenakan bayaran sebanyak (RM50 seumur hidup) (RM10 yuran tahunan) dan (RM30 yuran latihan pada setiap bulan)
Sebarang pertanyaan,sila hubungi pejabat di talian 088 - 774811 atau 016 - 8242633 (Dian)

Monday, 26 December 2011
Sunday Picnic
Pada ahad yang lalu,PMNS telah mengadakan 'picnic barbecue' bersama nak muay dan ahli2 PMNS bertempat di Akedemi PMNS yang mana juga merupakan markas latihan untuk merekrut para pelatih ..
Friday, 23 December 2011
Subscribe to:
Comments (Atom)